Pages

Tuesday 9 August 2011

Apakah kaitan Freemason dengan Parti KeAdilan Rakyat (PKR)?



Sehingga kini, MatKritik masih lagi terfikir apa maksud “utusan dari langit” yang dikatakan oleh Azizah dan juga maksud lambang pada bendera PKR. Sebab keduanya ada persamaan dari FREEMASON.





Utusan Dari Langit kalau diterjemahkan dalam ideology FREEMASON adalah Al-Dajjal Al-Masih.

Lambang pada bendera PKR adalah lambang mata satu seperti lambang mata milik FREEMASON yang juga melambangkan Al Dajjal itu bermata satu.



Kenapa perlu dibuat bendera?Sebab bendera akan dikibarkan tinggi.

Mata lambang FREEMASON juga diletakkan tinggi. Menunjukkan Dajjal melihat dari atas langit.

Adakah benar PKR ini adalah tajaan FREEMASON?

Ada juga perkara yang dilakukan Pakatan Rakyat ini ditaja oleh FREEMASON, contohnya semasa BERSIH tempoh hari.

Mari kita kenali sedikit FREEMASON atau Illuminati.

Maksud "novus ordo seclorum" dan "annuet aceptis" adalah bermaksud untuk pembulatan dunia atau pun dunia akan dikawal 100% oleh freemason .Mereka melakukan satu agenda iaitu "New World Order" dan kebanyakkan pemimpin-pemimpin dunia sekarang adalah di bawah agenda ni, termasuk datuk kepada G.W Bush, iaitu Prescott Bush.

Illuminati yang ada sekarang ini diasaskan oleh Jesuits/Vatican. Ignatius Loyola asalnya adalah dari kumpulan alumbrados(the illuminated). Perkataan ini sebenarnya berasal daripada illumination atau enlightment.

Sebenarnya, Jesuits yang menulis "the protocols of zion", dan mereka jual nama Yahudi untuk agenda jahat mereka dan menuding jari ke arah Yahudi. Zion ini adalah kearah penubuhan negara untuk zionist dan perlu diingatkan, zionist tidak sama dengan yahudi yang lain kerana untuk menjadi zionist ,tidak perlu menjadi yahudi .

Untuk pengetahuan anda, rabbi yahudi yang membantah sekeras-kerasnya kapal bantuan ke gaza yang diserang israel kerana bukannya yahudi yang buat, tetapi kerajaan zionist yang sedang memerintah israel sekarang. Rabbi yahudi juga membantah penubuhan negara israel kerana mereka ditegah untuk menubuhkan negara sendiri oleh tuhan .

Kumpulan Jesuits telah diharamkan oleh Roman Catholic Churchmelalui Papal Bull pada tahun 1773 oleh Pope Clement XIV. Selepas itu Jesuits beroperasi secara undergound, dan Jesuits itulah yang telah mewujudkan illuminati moden yang menjadi kepala kepada kegiatan freemasonry di seluruh dunia .


BULATAN: simbol IHS ini lambang Jesuits yang seperti diterangkan

Jesuits ini telah diwujudkan semula selepas membuat kacau di Eropah pada tahun 1814 oleh Pope Pius VII. Gambar ini diambil di Common Word, Universiti Georgetown : Dari kiri Tony Blair(bekas Perdana Menteri Britain), John Esposito, Mustafa Ceric (Mufti Bosnia/IIIT), Kjell Magne Bondevik (Bekas Perdana Menteri Norway) dan Anwar Ibrahim (IIIT). Ada juga yang mengatakan yang Anwar Ibrahim ni adalah ejen Nasrani(Jesuits/Vatican) .



Ini adalah Lodge Officers untuk tahun 2010-2011 . Berikut merupakan jawatan untuk Grand Lodge of Canada di Ontario . Organisasi ini adalah organisasi freemason di sana . Manakala Anwar Ibrahim adalah salah seorang ahli bagi pertubuhan ini . Anwar Ibrahim juga pernah memegang jawatan ini pada tahun 2008-2009 .

Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa, kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan,Mesir dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.

Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.

Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an.Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu.

Mari kita teruskan dengan apa yang MatKritik cakap bendera PKR sama dengan mata the all-seeing eye, One-eyed God Horus ataupun dikenali "Tuhan Matahari" yang disembah sejak zaman Predynastic hingga Zaman Greece-Roman .

Logo PKR, berbentuk seperti mata.



Logo PKR tidak langsung kelihatan seperti dua bulan sabit kerana bentuk bulatan bulan adalah bulatan sama dan tidak bujur, tetapi bulatan PKR adalah bulatan membujur di bahagian luarnya dan mempunyai anak mata ditengahnya seperti satu mata.

Antara yang menyamai logo mata satu:


Logo illuminati, the all-seeing eye yang terdapat pada note $1 Amerika


Logo freemasonry




One-eyed God Horus ataupun dikenali "Tuhan Matahari"




Eye On Israel


Simbol Iblis Illuminati

Juga terdapat dan menyerupai: Israel Supreme Court, U.S. national treasure, eye of Horus dan Eye of Ra, agama purba mesir kuno, logo lama MI5 badan perisikan British, Aachen Cathedral, Grand Lodge of Freemasonry di Perancis dan lain-lain.

Takkan salah satu parti politik utama di Malaysia pun nak pakai logo ajaran sesat iblis laknatullah ini?Mesti ada sebab kan?Tanya ketua mereka kenapa.

Kalau nak dikatakan ianya adalah logo 2 bulan sabit untuk menunjukkan keadilan, adakah selama ini logo Islam satu bulan dan satu bintang itu tidak adil? Sedangkan Allah s.w.t adalah Maha Adil.



Konvensyen Keadilan Negeri Pulau Pinang yang diadakan pada 8 November 2009 di Dewan Tunku, Komtar dengan jelas memaparkan gambar "mata satu" pada program tersebut.





Sumber : http://aku-macjay.blogspot.com/

MatKritik: Sejak kaji pasal Freemason ni...hmmm..


14 comments:

  1. Assalaamu'alaikum w.b.t... hehe sabar dulu saudara, sila tengok dulu tajuk di bawah ini kemudian buat kesimpulan :)

    Logo Barisan Nasional dan UMNO ada kaitan dengan Freemason dan Illuminati?

    Salaam damai , baarokallahu lakum :)

    ReplyDelete
  2. Saudara Neezom,

    Jawapannya tak de...

    ReplyDelete
  3. akum,
    terimakasih atas pesanan saudara.betul atau tidak wallahu a'lam.tetapi bagi saya ia adalah sebuah pengetahuan yang harus difikir oleh semua orang islam.inshaalllah ALLAH akan bimbing dan menyelamatkan kita semua dari kesesatan.
    amin.

    ReplyDelete
  4. Cuba lihat yang ini pula.
    http://www.ohtidak.com/oh-senibina-freemason-di-malaysia/

    ReplyDelete

  5. tanya sama Anu
    napa mata satu
    nanti jawab Anu
    aku ikut jew

    tanya sama Anu
    napa kalah pru
    nanti jawab Anu
    aku silap screw


    ReplyDelete
  6. Semua rakyat dah tau Pak Jib ahli Freemason la bro. Lu boleh blah.

    ReplyDelete
  7. terang2..pkr adalah parti dajjal

    ReplyDelete
  8. Najib Ke Anwar Ke...kalau bukan parti better Asian Islam sbenar yg haq. Freemason la tu

    ReplyDelete
  9. Bagi sama BN & PH sama sahaja berkerjasama. kedua2nya ada perananan tersendiri.. BN diperintah dgn rakusnya mngikut skrip..manakala PH sebagai pelamat. di situ orang lupa Ajaran yang dibawa Pas adalah Alquran & Sunnah.. Maka benarlah, orang Isalm sendiri tidak yakin dengan agamanya sendiri. Fitnah yg disebarkan itu adalah palinbg utama.. Jadi.. terima lah akibatnya dgn kezaliman kamu sendiri terhadap perintah Allah.

    ReplyDelete
  10. memang la tnh mlyu ni dh lame sgt2 d konker dek balaci2 zionis yhudi sjak abad 18 lagi,,,,tunggu jela imam mahdi dtang utk btulkn keadaan dnie yg tengah nazak ni dek karenah puak2 cilake dn trkutuk tu,,,,

    ReplyDelete
  11. Nak sama kan dgn pkr konon. Dah 61 tahun BN tadbir negara. Kenapa masih ada lagi bangunan Freemason di negeri2 spt Melaka, Johor, Penang, etc.? Sila jawab admin. Kalau setakat tinggalan, baik runtuhkan, runtuh sama spt runtuhnya penjara pudu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak pandai bab ni. Tp bg aku tujuan utama Freemason/ illuminati ialah tak nak org Islam bersatu. So, politik ialah umpannye. Tgoklah mcm mne org Islam skrg bertelagah sesama sendiri di sbbkan politik. Please, bn, umno n skrg PH, dlm setiap parti ni mesti ade puppet si illuminati. Kalo nak kata Anwar org illuminati, aku rasa aku percaya. Pandangan aku je.

      Delete
  12. Cuba tgk the arrival documentary .jwpn jelas dan nyata. N tgk sheikh imran hosein kata apa psl djl ni.. x lama lg.persiapkn dri.al quran pn dh mention djl akn kluar d akhir zmn.hampir dh

    ReplyDelete